ANDA TIADA MASA DAN KEPAKARAN? JANGAN RISAU, KAMI ADA TENAGA MAHIR UNTUK MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH ANDA...
HUBUNGI KAMI SEGERA.

HARGA BOLEH DIRUNDING DAN BERPATUTAN.




Julai 12, 2016

3 serangkai

3 serangkailah sangat...

Untuk aku
1. Aktiviti di laut
2. Aktiviti cat2, renovation dan yg sewaktu dengannya
3.  Jual produk SHAKLEE

Itulah projek 3 serangkaiku. Lalalala.

Projek cari rezeki aku la tiga2 tu...
Tiga2 pun memang aku layan...

Kali ni, lari dari cerita biasa sikit ye. Story pasal bisnes no. 3 aku la yek.

Macamana aku tau tentang SHAKLEE?
Sebab mak menghidap diabetes yang teruk yg buat aku' berkenalan dan berkenan' dengan SHAKLEE tu. Mak dah puas telan segala macam pil, tapi nampak serupa aje.  Sudahnya, kami ambil keputusan bagi aje mak minum Vivix... senangkan...  Harga memanglah buat peluh aku terpercik keluar, tapi kesannya yang lebih penting.  Apalah sangat nak bandingkan duit dengan kesihatan makkan...

Alhamdulillah, adik-beradik sudi berkongsi... jadi kami gilir2 jugaklah membeli stok Vivix untuk mak.  Alhamdulillah.  Sangat banyak perubahan mak selepas amalkan Vivix tu.  Lega hati kami semua.

So, pada sesiapa yang nak mencuba Vivix... cubalah sekarang... harga promosi sepanjang Julai  ni... aku tolong rekomen aje... tapi, tak salah mencubakan... nak oder ngan aku, lagi aku suka...

Kena ingat sama-sama...
Duit boleh dicari, kesihatan... kenalah hati2 dan beringat sendiri.  





Jun 28, 2016

Cat Rumah di Sg. Karang, Kuantan

Ya Allah...

Lama betul tak bersiaran rupanya.  Hahaha.  Last menulis puasa 1436H, ini dah ke penghujung Ramadhan 1437H...  dahsyat ye...

Takpelah.  Yang penting aku masih disini...
Masih dengan aktiviti biasa...
Membaiki, memasang mozek, mengecat rumah atau bangunan macam sebelum2 ni.

Tapi, time musim hasil laut memang tak tinggal jugak.. Ke lautlah aku masa tu kan.
Bukan apa, aku dan laut... memang susah nak dipisahkan.
Bukan hobi semata2, tapi dah memang macam sebahagian daripada hidup aku jugak.

Bulan Ramadhan, kerapkali juga bertembung dengan musim ketam...
Itu yang macam dilema sikit...
Dua2 pun aku suka...
So, kena pandai2 ejas masa la nampaknya.

Kalau ikutkan sekarang memang dah sampai pun musim ketam.
Namun, rezeki Ramadhan untuk mengecat tak ditolak.

Sedang dalam proses mengecat sebuah rumah di kawasan Sg. Karang, Kuantan.  Harap dapat selesaikan kerja2 secepat mungkin, tapi kualiti kerja kenalah jaga.  Bukan cincai2 aje.  Mestilah yang terbaik, inshaallah.

Oklah, belanja gambar kerja2 sekarang ye... masih banyak yang belum selesai... inshaallah, nanti kita sambung ye.








Julai 03, 2015

Ramadhan 1436H

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua...

Moga masing2 berpeluang mengaut sebanyak2 pahala dalam bulan berkat ni...


April 28, 2015

Sentuhan akhir

Di Rompin....

Menyelesaikan fasa akhir proses mengecat bangunan.

Sama sibuk dengan persiapan pilihanraya kecil di Rompin...

Keadaan yang berbeza daripada biasa.

Meriah dengan orang, meriah dengan bendera.  Semua nampak meriah.

Apa-apapun... tugasan perlu dilunaskan seperti yang dijanjikan...

Sambil tu, nak promote jugak produk Shaklee... siapa berminat bole juga hubungi saya...


April 24, 2015

Kerja-kerja baikpulih berterusan





 Sekitar menyiapkan kerja-kerja di Kuantan


Selang tempoh kerja, berulang juga ke Rompin untuk siapkan tugasan di sana...  Begitulah rutinnya, mengembara di bumi Allah...

April 14, 2015

Kerja di Rompin


Antara hasil kerja kami di Rompin, masih belum selesai sepenuhnya.




April 09, 2015

Tenaga berpanjangan

Bercuti dulu minggu ni.. sambil mengintai-ngintai job lain juga.

Weekend bakal tiba untuk menyambung tugasan lagi.

Huhuhu.  Musim panas ni... memang  bercinta bila mengenangkan nak berjemur panas lagi..

Dah kulit hangus, badan pun kurang cecair...  boleh lah mencuba 'Performance Drink' produk Shaklee.

Boleh membantu mengimbangi kekurangan cecair dalam badan sambil terus memberikan kita tenaga..


Apapun keadaannya, mengecat dan membaiki rumah tetap menjadi keutamaan.  Dah memang itulah sumber rezeki kita kan.

Inshaallah, segala yang terbaik akan diberikan semasa kami menjalankan tugasan.