ANDA TIADA MASA DAN KEPAKARAN? JANGAN RISAU, KAMI ADA TENAGA MAHIR UNTUK MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH ANDA...
HUBUNGI KAMI SEGERA.

HARGA BOLEH DIRUNDING DAN BERPATUTAN.




Julai 03, 2015

Ramadhan 1436H

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua...

Moga masing2 berpeluang mengaut sebanyak2 pahala dalam bulan berkat ni...


April 28, 2015

Sentuhan akhir

Di Rompin....

Menyelesaikan fasa akhir proses mengecat bangunan.

Sama sibuk dengan persiapan pilihanraya kecil di Rompin...

Keadaan yang berbeza daripada biasa.

Meriah dengan orang, meriah dengan bendera.  Semua nampak meriah.

Apa-apapun... tugasan perlu dilunaskan seperti yang dijanjikan...

Sambil tu, nak promote jugak produk Shaklee... siapa berminat bole juga hubungi saya...


April 24, 2015

Kerja-kerja baikpulih berterusan





 Sekitar menyiapkan kerja-kerja di Kuantan


Selang tempoh kerja, berulang juga ke Rompin untuk siapkan tugasan di sana...  Begitulah rutinnya, mengembara di bumi Allah...

April 14, 2015

Kerja di Rompin


Antara hasil kerja kami di Rompin, masih belum selesai sepenuhnya.




April 09, 2015

Tenaga berpanjangan

Bercuti dulu minggu ni.. sambil mengintai-ngintai job lain juga.

Weekend bakal tiba untuk menyambung tugasan lagi.

Huhuhu.  Musim panas ni... memang  bercinta bila mengenangkan nak berjemur panas lagi..

Dah kulit hangus, badan pun kurang cecair...  boleh lah mencuba 'Performance Drink' produk Shaklee.

Boleh membantu mengimbangi kekurangan cecair dalam badan sambil terus memberikan kita tenaga..


Apapun keadaannya, mengecat dan membaiki rumah tetap menjadi keutamaan.  Dah memang itulah sumber rezeki kita kan.

Inshaallah, segala yang terbaik akan diberikan semasa kami menjalankan tugasan.


April 07, 2015

Marathon

Ini bukan nak bercerita tentang sukan, atau yg seangkatan dgnnya tau...

Dalam blog ni, masih bercerita tentang kerja-kerja membaiki dan mengecat rumah atau bangunan.

Marathon yang nak dicerita ni... adalah marathon kerja-kerja baik pulih rumah hujung minggu baru ni...

Bayangkan didalam cuaca yang tak berapa nak suam tu...

Cahaya mentari bersinar cemerlang, aku dibantu seorang pekerja... berjaya ok, berjaya menyiapkan kerja-kerja baikpulih utk 4 buah rumah...

Terharu dengarkan?? Ini pun dah ada rasa nak demam...

Namun ku tahan Jebat... Hahahaha...

Tak mengapalah... rezeki tu drp Allah.  Aku berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki buat aku dan keluarga. Terima kasih Ya Allah.  Syukur Alhamdulillah.


April 02, 2015

Projek mengecat di hujung minggu

Selesai tugasan hujung minggu dalam masa sehari. Kerja-kerja untuk water proof di bahagian slab.

Lega dan syukur.  Cuaca pun baik, indah berseri-seri aje.

Harap customer puashati.



Mac 27, 2015

Projek Mengecat Rompin-Kuantan

Dua hari berada di bandar Rompin untuk kerja-kerja mengecat dinding dan atap.

Hujung minggu ke bandar Kuantan dulu, untuk memenuhi tempahan yang sudah diterima.

Berulang-alik pulak jadinya.

Takpelah, itulah rezeki namanya.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki yang engkau kurniakan.


  
 

 



 sempat lepak-lepak dulu

Mac 26, 2015

Rindu dengan LAUT...




Lama jugak meninggalkan aktiviti di laut, teringat-ingat pulak...


 Biasa hampir seluruh hari dihabiskan di sini...


Sekarang, sempatlah memandang dari jauh...  bila sesuai pasti ambil peluang bagi melepaskan rindu.

Mac 23, 2015

Kerja-kerja Pembaikian

Syukur alhamdulillah.

Hujung minggu ini, bakal memulakan kerja-kerja pembaikian di Kotasas, Kuantan.  Harap semuanya lancar seperti yang dirancang.



Selesai tugasan di sini, bakal menyambung tugasan yang menunggu di bandar Rompin pula.  Tempahan memasang tile di luar kawasan juga menunggu masa.  Inshaallah, bakal ke Selangor dalam masa terdekat ini.

Pada pembaca yang berniat untuk memberi sentuhan baru pada rumah anda... boleh hubungi kami untuk berunding.  Moga kami dapat melaksanakan impian kediaman anda.

Terima kasih.

Mac 18, 2015

Promosi persiapan Raya 2015


Ingin rumah tampak cantik sempena kedatangan Aidil Fitri nanti??

Kami menyediakan perkhidmatan mengecat di sekitar Kuantan, Pekan, Muadzam, Rompin dan Temerloh, Pahang.
 


JENIS CAT : 
JOTUN, DULUX, KCC, NIPPON, COLOURLAND DAN MACAM-MACAM LAGI...

SEGERA, SEGERA, dapatkan perkhidmatan kami...  
Pasti tak rugi...




 

 

Mac 14, 2015

Mengecat atap

Kami juga pakar dalam kerja-kerja baikpulih dan mengecat atap.

Satu tugas yang mencabar, tapi percayalah pada keupayaan kami. Inshaallah kami akan cuba memenuhi permintaan anda dengan tenaga pekerja mahir yang kami miliki.

Ayuh... segeralah selesaikan masalah anda. Kami sentiasa ada.





Mac 10, 2015

PROMOSI UBAHSUAI RUMAH DAN MENGECAT




PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN: MENGECAT RUMAH, MASJID, SEKOLAH DAN BANGUNAN, MENGUBAHSUAI & MEMBAIKI RUMAH JUGA MEMASANG 'TILE' & KABINET DAPUR.






Mac 09, 2015

Projek ubahsuai atau mengecat rumah RAYA 2015

Wahai para pembaca budiman...

Anda-anda di sekitar Kuantan, Pekan, Rompin dan Muadzam.  Ada plan untuk baiki dan cat rumah sempena Ramadhan dan Aidil Fitri yang bakal tiba tak lama lagi?

Jom, hubungi kami.  Inshallah, kami cuba beri perkhidmatan terbaek untuk anda.  Hubungi kami di talian yang di nyatakan.  Cepat, cepat...  jangan terlambat...  Masa sekejap aje berlalu pergi.  Jangan menyesal pulak nanti...