ANDA TIADA MASA DAN KEPAKARAN? JANGAN RISAU, KAMI ADA TENAGA MAHIR UNTUK MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH ANDA...
HUBUNGI KAMI SEGERA.

HARGA BOLEH DIRUNDING DAN BERPATUTAN.




April 28, 2015

Sentuhan akhir

Di Rompin....

Menyelesaikan fasa akhir proses mengecat bangunan.

Sama sibuk dengan persiapan pilihanraya kecil di Rompin...

Keadaan yang berbeza daripada biasa.

Meriah dengan orang, meriah dengan bendera.  Semua nampak meriah.

Apa-apapun... tugasan perlu dilunaskan seperti yang dijanjikan...

Sambil tu, nak promote jugak produk Shaklee... siapa berminat bole juga hubungi saya...


April 24, 2015

Kerja-kerja baikpulih berterusan





 Sekitar menyiapkan kerja-kerja di Kuantan


Selang tempoh kerja, berulang juga ke Rompin untuk siapkan tugasan di sana...  Begitulah rutinnya, mengembara di bumi Allah...

April 14, 2015

Kerja di Rompin


Antara hasil kerja kami di Rompin, masih belum selesai sepenuhnya.




April 09, 2015

Tenaga berpanjangan

Bercuti dulu minggu ni.. sambil mengintai-ngintai job lain juga.

Weekend bakal tiba untuk menyambung tugasan lagi.

Huhuhu.  Musim panas ni... memang  bercinta bila mengenangkan nak berjemur panas lagi..

Dah kulit hangus, badan pun kurang cecair...  boleh lah mencuba 'Performance Drink' produk Shaklee.

Boleh membantu mengimbangi kekurangan cecair dalam badan sambil terus memberikan kita tenaga..


Apapun keadaannya, mengecat dan membaiki rumah tetap menjadi keutamaan.  Dah memang itulah sumber rezeki kita kan.

Inshaallah, segala yang terbaik akan diberikan semasa kami menjalankan tugasan.


April 07, 2015

Marathon

Ini bukan nak bercerita tentang sukan, atau yg seangkatan dgnnya tau...

Dalam blog ni, masih bercerita tentang kerja-kerja membaiki dan mengecat rumah atau bangunan.

Marathon yang nak dicerita ni... adalah marathon kerja-kerja baik pulih rumah hujung minggu baru ni...

Bayangkan didalam cuaca yang tak berapa nak suam tu...

Cahaya mentari bersinar cemerlang, aku dibantu seorang pekerja... berjaya ok, berjaya menyiapkan kerja-kerja baikpulih utk 4 buah rumah...

Terharu dengarkan?? Ini pun dah ada rasa nak demam...

Namun ku tahan Jebat... Hahahaha...

Tak mengapalah... rezeki tu drp Allah.  Aku berusaha sebaik mungkin untuk mencari rezeki buat aku dan keluarga. Terima kasih Ya Allah.  Syukur Alhamdulillah.


April 02, 2015

Projek mengecat di hujung minggu

Selesai tugasan hujung minggu dalam masa sehari. Kerja-kerja untuk water proof di bahagian slab.

Lega dan syukur.  Cuaca pun baik, indah berseri-seri aje.

Harap customer puashati.