ANDA TIADA MASA DAN KEPAKARAN? JANGAN RISAU, KAMI ADA TENAGA MAHIR UNTUK MEMBANTU SELESAIKAN MASALAH ANDA...
HUBUNGI KAMI SEGERA.

HARGA BOLEH DIRUNDING DAN BERPATUTAN.




Jun 28, 2016

Cat Rumah di Sg. Karang, Kuantan

Ya Allah...

Lama betul tak bersiaran rupanya.  Hahaha.  Last menulis puasa 1436H, ini dah ke penghujung Ramadhan 1437H...  dahsyat ye...

Takpelah.  Yang penting aku masih disini...
Masih dengan aktiviti biasa...
Membaiki, memasang mozek, mengecat rumah atau bangunan macam sebelum2 ni.

Tapi, time musim hasil laut memang tak tinggal jugak.. Ke lautlah aku masa tu kan.
Bukan apa, aku dan laut... memang susah nak dipisahkan.
Bukan hobi semata2, tapi dah memang macam sebahagian daripada hidup aku jugak.

Bulan Ramadhan, kerapkali juga bertembung dengan musim ketam...
Itu yang macam dilema sikit...
Dua2 pun aku suka...
So, kena pandai2 ejas masa la nampaknya.

Kalau ikutkan sekarang memang dah sampai pun musim ketam.
Namun, rezeki Ramadhan untuk mengecat tak ditolak.

Sedang dalam proses mengecat sebuah rumah di kawasan Sg. Karang, Kuantan.  Harap dapat selesaikan kerja2 secepat mungkin, tapi kualiti kerja kenalah jaga.  Bukan cincai2 aje.  Mestilah yang terbaik, inshaallah.

Oklah, belanja gambar kerja2 sekarang ye... masih banyak yang belum selesai... inshaallah, nanti kita sambung ye.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan